Monday, April 5, 2010

luahan perasaan.....

assalamualaikum....
setiap orang mempunyai masalah....terdapat pelbagai cara untuk meluahkan perasaan. macam aku, aku senang meluahkannya kepada teman. kalau aku rasa tak yakin dengan kawan, aku luahkan melalui lagu yang aku sedang dengar, dan cara terbaru meluahkan perasaan tulis dalam blog ni.....aku paling suka denga lagu jasa bonda. ia mengingatkan aku tujuan asal aku berada kat menara gading ni. demi ma dan abah...aku sanggup untuk terus belajar mencari kejayaan untuk dijadikan hadiah kepada mereka. lagu ni yang akan aku dengar tika aku rasa down yang amat sangat. lagu ni macam sumber inspirasi aku...g la mana-mana kem motivasi..mesti lagu ni ada diperdengarkan.


jasa bonda_warisan
kau dibuai mimpi dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

No comments:

Post a Comment