Saturday, May 29, 2010

PAKAIAN KE TEMPAT KERJA

Pakaian mencerminkan peribadi. Pandangan pertama terhadap mata-mata yang melihat kita. Sesetengah berpendapat bahawa pakaian juga melambangkan status kita dalam masyarakat. Namun hakikatnya pakaian ada sesuatu keperluan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Pakaian ke tempat kerja seharusnya sesuai. Sebelum mengenakan pakaian ke tempat kerja, anda seharusnya mengambil kira apakah jenis pekerjaan , jawatan, aksesori yang sesuai dan sebagainya.
1. Jenis pekerjaan
Jika anda bekerja di sector perbankan atau agen insurans, sebaiknya kamu perlu menjadikan blazer sebagai pakaian harian kerana anda akan kelihatan lebih berkeyakinan. Sebaiknya, jika anda bekerja sebagai wartawan atau pegawai jualan iklan ataupun bekerja di syarikat penerbitan filem, cukup sekadar dengan tampil smart kasual sahaja.
2. Jawatan
Jawatan yang dijawat oleh seseorang juga menjadi pengukur pakaian yang perlu dipakai semasa ke pejabat agar ia seiring dengan tanggungjawab yang diberikan. Sekiranya berjawatan tinggi, seeloknya anda sentiasa tampil kemas lengkap.
3. Memilih skirt labuh dan warna
Jika anda agak rendah, paling sesuai adalah memilih skirt labuh yang bercorak kecil. Elakkan daripada memakai skirt yang terlalu ketat kerana ia menghodohkan penampilan. Jadi, pilih skirt yang agak longgar dan tidak terlalu ketat. Ia sesuai bagi mereka yang berpaha besar juga. Skirt labuh hingga ke buku lali juga amat sesuai. Tapi jangan terlalu ketat. Untuk menyerlahkan gaya, pakailah daripada jenis kain yang lembut misalnya kain cita, polyester dan gorget. Fabric ini mampu menampakkan kelembutan sebenar diri anda. Skirt kedut dan berlisu amat sesuai bagi mereka yang bertubuh kurus dan rendah.
4. Berani bermain dengan warna
Anda harus berani beramain dengan warna yang meninjol dan tidak kelihatan tenggelam pada skirt anda. Cuba padankan warna-warna yang menarik. Tak salah sekiranya anda mencuba sesuatu yang baru dengan memadankan suatu warna dengan warna yang lain. Contohnya, warna yang agak berlainan tapi mampu member kesan dramatic. Seperti warna hijua firus dipadankan dengan warna merah jambu. Namun pemilihan seluar dan skirt labuh haruslah dari warna yang agak gelap atau putih untuk lebih anggun.

5. Pilihan blaus
Pilih blaus yang berwarna lembut dan pastel. Warna-warna ini amat sesuai kerana ia membuatkan diri anda dan orang yang memandang selesa. Elakkan memilih warna-warna terang seperti jingga, merah jambu, dan hijau serindit kerana ia boleh mencacatkan penampilan.
6. Pilihan jaket
Pilih kot yang bertindih lebar dan di kancing dua butang ( double breasted) untuk majlis formal, temu janji atau mesyuarat. Boleh juga memilih kot yang mempunyai sebaris kancing (single breasted). Sesuai untuk urusan di pejabat. Bagi anda yang berpunggung besar, pastikan anda memilih kot yang labuh hingga ke paras punggung. Manakala yang berpunggung kecil gayakan kot yang agak tinggi sedikit. Apabila memilih kot, pastikan juga pelapik bahu kot anda kelihatan semulajadi dan sesuai dengan ukuran bahu anda.
7. Pilihan kasut
Pilih kasut yang bertutup di depan dan belakang. Ia Nampak lebih sopan sewaktu berada dipejabat. Sekurang-kurangnya ia membantu menutup kekurangan pada kaki anda. Guna sarung kaki sama ada mengikut warna kulit atau sebaliknya. Jika tidak ingin bersarung kaki pastikan kaki anda bersih daripada sebarang cela.
8. Gaya
Gaya kesesuaian bergantung kepada kerjaya dan aktiviti anda. Bagi kerjaya dalam dunia kreatif, ia memberikan ruang untuk berkreatif dalam pemakaian berbanding dengan kerjaya yang melibatkan pegawai pentadbiran atau yang berjawatan tinggi.

bagaimana mengenali wanita belum berpunya....?

Mingguan wanita januari 2010

Bujang atau sudah kahwin? Secara luarannya Nampak seperti masih bujang, tiada siapa yang punya tetapi apabila diselidiki, rupa-rupanya hak milik orang. Silap-silap sudah punyai anak dua atau tiga orang.

Kadangkala, lelaki sering terkeliru dengan status seorang wanita, adakah mereka msih gadis atau isteri orang. Di zaman millennium ini, tiada banyak bezanya antara isteri orang atau pun si bujang kerana wanita berkerjaya biasanya sangat pandai bergaya ditambah jika mereka mempunyai pendidikan tinggi.

Gaya yang cukup anggun, peramah, memiliki seraut wajah yang menarik antara ciri-ciri yang menjadi pilihan lelaki. Tapi awas, jangan sesekali tersalah pilih. Silap-silap anda boleh lebam ditumbuk pasangannya! Justeru itu bagaimana mahu mengenali sama ada seseorang itu masih bujang atau pun sudah menjadi hak orang?

Lirikan mata- jika masih gadis, sudah tentu si dia tercari-cari lelaki idamannya. Ini kerana, jika seseorang itu berstatus isteri maka mereka tidak akan memandang mana-mana lagi lelaki kerana sudah berjumpa lelaki idaman hatinya. Mencari masalah namanya jika sudah berkahwin tetapi masih mahu menggatal dengan lelaki lain.

Lain halnya dengan wanita bujang, biasanya anda dapat mengesan mereka dengan memerhatikan lirikan matanya. Perhatikan caranya memandang diri anda, dari situ anda boleh membuat jangkaan adakah dia masih bujang atau sebaliknya.

Senyuman- kesinambungan dari lirikan mata ini, seorang wanita yang belum berpunya sudah tentu akan melemparkan sebuah senyuman kepada anda sebagai tanda dia ingin didekati. Ia sebagai satu syarat, dia mahu mengenali anda dengan lebih dekat dan mahu anda mendekatinya.

Tidak percaya, pergilah cuba mendekati kepada isteri orang, mereka tidak akan terhegeh-hegeh tersenyum untuk memikat anda kerana takut tindakannya itu mendatangkan kemarahan suaminya. Lain halnya dengan si bujang, dia bebas berbuat apa saja kerana tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Dia bebas berbual dengan sesiapa sahaja- mahu tahu lagi satu cara mengenal pasti wanita bujang? Perhatikan sikapnya. Biasanya wanita bujang bebas berborak dengan sesiapa saja disukainya atau mana-mana lelaki kerana hatinya belum dimiliki oleh sesiapa.

Jadi kalau anda melihat si gadis rancak berborak, itu tandanya dia masih bujang. Mungkin itu juga sebagai satu daya tarikan yang dibuat oleh gadis berkenaan untuk menarik perhatian lelaki disukainya.

Melihat pasangan kekasih dalam kesedihan- satu lagi aspek membezakan wanita bujang atau sudah berkahwin adalah melalui alunan perasaannya. Tipulah jika seorang gadis tidak terasa apa-apa bila melihat orang lain berdua sedangkan dirinya masih keseorangan sehingga kini. Walau pun dia Nampak seperti bahagia diluar tetapi dalamannya mungkin merana kerana memikirkan bila pula dia akan dapat mengecap perkara yang sama.

Bahasa tubuhnya bercerita-tidak sukar membezakan sama ada seorang wanita itu masih bujang atau sudah berkahwin. Kalau berkahwin, sudah tentu lemak memenuhi anggota tubuh baik di paha, punggung atau sebagainya. Lain halnya dengan si bujang kerana tubuh badan mereka masih mantap.

Agak sukar pula untuk membezakan sama ada si gadis itu masih dara atau sudah ditebuk tupai kerana ia dua perkara yang berbeza. Jadi, kalau mahu mencari si bujang, lihatlah bentuk tubuhnya kerana bahasa tubuhnya menceritakan segala-galanya.

Sering keluar bersama rakan-rakan- satu lagi perbezaan antara wanita bujang dan berkahwin ialah si bujang biasanya akan keluar bersama rakan-rakan gadisnya. Lain pula dengan yang sudah berkeluarga kerana biasanya wanita berkeluarga akan membawa anak-anak dan suaminya setipa kali keluar ke pusat membeli belah. Jadi, kalau mahu mencari si bujang, tengoklah aspek ini kerana si bujang tidak akan bergaya seperti orang tua atau keluar dengan anak-anak.

Wednesday, May 12, 2010

warna dan kesesuaian

Tidak semua warna sesuai dengan kulit kita kerana setiap manusia berbeza warna kulitnya. Ada yang putih melepak, hitam manis, kuning langsat dan sebagainya. Ketidaksesuaian mengenakan warna pada tubuh menampakan penapilan seseorang nampak tidak sempurna. Disini terdapat beberapa tip yang boleh diikuti dalam membuat pemilihan tentang warna yang sesuai.

Biru tua – warna yang mudah disuai padankan dan Nampak paling bergaya jika ia sut seluar. Pilih aksesori yang kreatif dan suntik sedikit ilham seni yang tersendiri pada pakaian ini untuk mengelakkan anda tampil berpakaian seragam.

Coklat – menampilkan gaya menawan dan seringnya Nampak tenang dan memberikan gambaran anda berada dalam keselesaan. Ia mempamerkan satu gaya yang cukup kuat namun tetap ada feminiti. Menariknya coklat Nampak mewah dan mahal walaupun pada fabric murah sementara sut coklat yang diperbuat dari fabric cita dan linen menghasilkan satu gaya kreatif.

Camel – satu warna unggul yang mudah disuaikan dengan himpunan pakaian lain terutama yang berwarna neutral untuk memberikan gaya yang berbeza-beza dan sentiasa menyeronokkan

Merah – warna yang menarik terutama sut tersebut diperbuat daripada fabric bulu gabardine atau crepew untuk digayakan di siang hari dan fabric satin untuk sebelah malam. Tetapi anda perlu berhati-hati kerana nada merah yang dipilih menentukan sama ada gaya anda menjadi atau sebaliknya. Sebagai panduan, pilih nada sedikit pucat daripada tomato atau hunting red gelap. Tentu anda tidak mahu menjadi tumpuan hanya kerana sut anda berwarna merah cili.

Hitam - merupakan warnayang sungguh istimewa kerana ia mampu menyuntik satu kuasa yang amat serius tapi pada masa yang sama Nampak anggun. Dipadankan dengan apa jua pakaian dalamnya, sut hitam pasti menyerlahkan gaya yang member kekuatan dan kuasa.