Bosan dirumah sewaktu cuti sementara menunggu hari untuk berangkat ke Kuala Lumpur untuk menjalani latihan praktikal disana aku membelek majalah-majalah lama yang ada kat rumah. Dulu aku suka membeli majalah seperti NUR, DARA, Mingguan Wanita malah aku juga mempunyai koleksi novel-novel melayu.
Tertarik aku dengan isu dalam keluaran majalah NUR edisi Januari 2006. Banyak isu menarik didalamnya yang aku kira bagus dan sesuai untuk aku muatkan dalam blog ini. Antaranya tip tampil imej baru yang diolah oleh penulis iaitu Norhazuren Halid.
Bagi aku ia amat sesuai dan sentiasa relevan dengan masa kini. Wanita terutamanya gemar bergaya walaupun sekadar untuk ke kedai yang terletak kira-kira sepuluh langkah dengan rumah. Apatah lagi untuk ke tempat kerja yang memerlukan mereka sentiasa tampil anggun dan bergaya. Lelaki juga tidak berkecuali. Gaya amat penting untuk mereka yang bekerja pejabat. Jom ikuti tip-tip ini:
1.   Info pemilihan pakaian
Apakah yang mementingkan gaya dalam penampilan? Setiap individu sudah tentu memiliki cita rasa tersendiri dalam soal berpakaian. Ada yang gemar memilih baju mahal serta berjenama dan tidak kurang juga yang gemarkan baju-baju murah tetapi cantik dipakai. Apapun gaya pilihan anda, yang paling utama adalah anda bijak menyesuaikannya dengan majlis yang ingin dihadiri agar anda kelihatan up to date, trendy dan fashionable, namun dalam masa yang sama tidak melupakan batas-batas yang ditentukandalam islam. Sebenarnya jika anda ingin penampilan yang lebih bergaya, ia tidak hanya bergantung pada cara berfesyen , jenama ataupun harganya. Sebaliknya ia terletak kepada cara anda menyesuaikan baju, seluar, kasut dan aksesori.
2.   Keperluan wanita
Antara tip yang boleh kamu jadikan panduan dalam berfesyen ialah sebaiknya pastikan anda memiliki kemeja ( bahagian dalam) dari warna-warna lembut dan seluar panjang dari warna gelap sama ada potongan lipatan di bahagian hadapan ataupun polos. Smentara itu, bagi  mereka yang bekerja di pejabat yang berhawa dingin, pastikan kamu memiliki blazer atau jaket untuk menghangatkan tubuh. Dan lengkapkan dengan aksesori lain seperti kerongsang, jam tangan, tali pinggang dan sebagainya.
3.   Ada pengetahuan tentang pakaian
Dalam berpakaian, anda seharusnya tahu apakah pakaian dan gaya pilihan anda. Ia kerana gaya pilihan tersendiri dapat membantu anda berasa selesa dengan gaya tersebut. Secara tidak langsung ia akan membuatkan anda tampil lebih yakin. Anda juga harus tahu serba sedikit tentang jenis-jenis bahan untuk menghasilkan pakaian tersebut bagi memudahkan anda menyesuaikannya dengan majlis yang bakal anda hadiri. Misalnya anda perlu tahu pakaian yang diperbuat daripada bahan berasaskan bulu juga sesuai digayakan oleh wanita. 
Manakala pakaian daripada bahan yang tidak kusut pula selalunya menjadi pilihan untuk digayakan sewaktu out-station. Pakaian yang diperbuat daripada bahan kapas pula lebih lembut, dingin dan selesa dipakai.  Sekiranya anda lebih banyak menghadiri acara formal, lebih baik memilih kemeja daripada bahan kapas. Sementara itu, pakaian dari bahan polyester boleh membuatkan anda tampak lebih bergaya. 
4.   Beri perhatian pada keterampilan diri.
Keterampilan diri seiring dengan tuntutan semasa. Muslimah hari ini dilihat mula memberikan perhatian terhadap aspek penampilan diri walau di mana mereka berada. Berpakaian kini tidak lagi menutup tubuh tetapi juga menjadi lambang atau simbol status seseorang individu. Sebab itulah, jika diperhatika aliran fesyen tempatan, fesyen wanita turut berubah dari masa ke semasa.
Cara berpakaian menterjemahkan imej, symbol dan status. Anda perlu lebih berhati-hati dalam soal berpakaian agar tidak kelihatan janggal dan canggung. Untuk itu adalah penting bagi anda sentiasa tampil elegan dan presentable. Tidak tahu bagaimanakah caranya?
Pastikan kamu bijka mengenali kelebihan dan kekurangan bentuk badan kamu untuk mengetahui sama ada sesuai atau tidak dengan penampilan diri kamu. Ingat, jangan sampai tersalah pilih pakaian.
No comments:
Post a Comment