1. Jenis pekerjaan
Jika anda bekerja di sector perbankan atau agen insurans, sebaiknya kamu perlu menjadikan blazer sebagai pakaian harian kerana anda akan kelihatan lebih berkeyakinan. Sebaiknya, jika anda bekerja sebagai wartawan atau pegawai jualan iklan ataupun bekerja di syarikat penerbitan filem, cukup sekadar dengan tampil smart kasual sahaja.
2. Jawatan
Jawatan yang dijawat oleh seseorang juga menjadi pengukur pakaian yang perlu dipakai semasa ke pejabat agar ia seiring dengan tanggungjawab yang diberikan. Sekiranya berjawatan tinggi, seeloknya anda sentiasa tampil kemas lengkap.
3. Memilih skirt labuh dan warna
Jika anda agak rendah, paling sesuai adalah memilih skirt labuh yang bercorak kecil. Elakkan daripada memakai skirt yang terlalu ketat kerana ia menghodohkan penampilan. Jadi, pilih skirt yang agak longgar dan tidak terlalu ketat. Ia sesuai bagi mereka yang berpaha besar juga. Skirt labuh hingga ke buku lali juga amat sesuai. Tapi jangan terlalu ketat. Untuk menyerlahkan gaya, pakailah daripada jenis kain yang lembut misalnya kain cita, polyester dan gorget. Fabric ini mampu menampakkan kelembutan sebenar diri anda. Skirt kedut dan berlisu amat sesuai bagi mereka yang bertubuh kurus dan rendah.
4. Berani bermain dengan warna
Anda harus berani beramain dengan warna yang meninjol dan tidak kelihatan tenggelam pada skirt anda. Cuba padankan warna-warna yang menarik. Tak salah sekiranya anda mencuba sesuatu yang baru dengan memadankan suatu warna dengan warna yang lain. Contohnya, warna yang agak berlainan tapi mampu member kesan dramatic. Seperti warna hijua firus dipadankan dengan warna merah jambu. Namun pemilihan seluar dan skirt labuh haruslah dari warna yang agak gelap atau putih untuk lebih anggun.
5. Pilihan blaus
Pilih blaus yang berwarna lembut dan pastel. Warna-warna ini amat sesuai kerana ia membuatkan diri anda dan orang yang memandang selesa. Elakkan memilih warna-warna terang seperti jingga, merah jambu, dan hijau serindit kerana ia boleh mencacatkan penampilan.
6. Pilihan jaket
Pilih kot yang bertindih lebar dan di kancing dua butang ( double breasted) untuk majlis formal, temu janji atau mesyuarat. Boleh juga memilih kot yang mempunyai sebaris kancing (single breasted). Sesuai untuk urusan di pejabat. Bagi anda yang berpunggung besar, pastikan anda memilih kot yang labuh hingga ke paras punggung. Manakala yang berpunggung kecil gayakan kot yang agak tinggi sedikit. Apabila memilih kot, pastikan juga pelapik bahu kot anda kelihatan semulajadi dan sesuai dengan ukuran bahu anda.
7. Pilihan kasut
Pilih kasut yang bertutup di
depan dan belakang. Ia Nampak lebih sopan sewaktu berada dipejabat. Sekurang-kurangnya ia membantu menutup kekurangan pada kaki anda. Guna sarung kaki sama ada mengikut warna kulit atau sebaliknya. Jika tidak ingin bersarung kaki pastikan kaki anda bersih daripada sebarang cela.8. Gaya
Gaya kesesuaian bergantung kepada kerjaya dan aktiviti anda. Bagi kerjaya dalam dunia kreatif, ia memberikan ruang untuk berkreatif dalam pemakaian berbanding dengan kerjaya yang melibatkan pegawai pentadbiran atau yang berjawatan tinggi.
No comments:
Post a Comment